Friday, August 12, 2011

Kad Hari Raya Dari Hsue CrafT

Nak join?Klik Banner.
Due:12 Ogos

Selamat hari raya Aidif Fitri tuk HSUE sekluarga,semoga Syawal kali ini di sambut dgn lbh meriah dan penuh kesyukuran.Maaf Zahir dan batin

Juadah berbuka kuih samosa,
Sambil meneguk segelas soda,
Selamat menjalani ibadah puasa,
Menambah amalan yang sedia ada.

Bubur cha-cha berwarna warni,
Di beli dari kedai cik nyonya,
Bulan yang penuh keberkatan ini,
Bersamalah kita menghayatinya.

Kenduri moreh di hari selasa,
Dihadiri oleh rakan sebaya,
Genap sebulan kita berpuasa,
Tibalah masa berhari raya.

Di bulan puasa badannya lesu,
Berehat dirumah tidak ke mana,
Selamat hari raya tukmu HSUE,
Semoga Syawal kali ini lebih bermakna.

Rendang daging masakan mama,
Dihidang oleh sianak dara,
Pengakhiran ramadhan,syawal menjelma,
Disambut bersama sanak saudara.

Berhari raya bersama rakan,
Kuih di bawa di dalam raga,
Silap dan salah pohon maafkan,
Kepada puan HSUE seisi keluarga.

No comments:

COPYRIGHT BY AZATIE SAYANG