Monday, August 15, 2011

GA utk HariRaya:Ucapan Raya paling kreatif

Nak Join?Klik Banner
Due:21 ogos

Balik kampung ikut jalan highway,
Janganlah laju nanti bahaya,
ADZA DANIAL anjurkan Giveaway,
Ucapan kreatif selamat hari raya.

Kuih tradisional namanya bahulu,
Elok disimpan diatas para,
Jom kenali ADZA DANIAL dulu,
Inilah dia anak bujang MAKDARA.

Juadah berbuka sepinggan laksa,
Sambilmeneguk segelas nira,
Setelah sebulan kita berpuasa,
Kini saatnya kita bergembira.

Pergi ke masjid memakai kopiah,
Bersaing pula si anak dara,
Hari raya di sambut meriah,
Bertemu pula sanak saudara.

Menghidang makanan bersama rakan,
Juadah di letak diatas meja,
Selamat hari raya k.atie ucapkan,
Untuk ADZA DANIAL yg muda remaja.
Di pagi raya sungguh bergaya,
Bersalaman pula dengan ibunda,
Kita ceria menyambut hari raya,
Janganlah lupa pada yang 'tiada'.

Di malam hari pasang pelita,
Masak ketupat dirumah mertua,
Kunjung mengunjung amalan kita,
Hormat menghormati orang yang tua.
COPYRIGHT BY AZATIE SAYANG