Monday, August 15, 2011

THIRD GIVEAWAY UMIYUMI2

NAK JOIN?KLIK BANNER
DUE:31 OGOS




Baju kurung di jahit jelujur,
Ditempah dari kedai cik nyonya,
Berkenalan dulu dengan penganjur,
UMIYUMI begitulah nama penanya.

Sembahyang terawih bersama rakan,
Selepas sembahyang berjalan jalan,
GA ketiga UMIYUMI anjurkan,
Untuk semua rakan dan taulan.
.

Mengisi ketupat di dalam raga,
Janganlah lupa untuk disimpan,
Merantau jauh bersama keluarga,
Di bandar perth memulakan kehidupan.

Lampu pelita bersumbu tali,
Letak di tiang perlahan lahan,
Kini UMIYUMI sudah kembali,
Hilanglah rindu bila berjauhan.

Pasar ramadhan ditengah pekan,
Singgah membeli sekilo halia,
Hadiah menarik UMIYUMI ingin berikan,
Buku masakan,ole ole dari Australia.
Memasak rendang bersama mama,
Anak anak memasang pelita,
Suka dan duka dikongsi bersama,
Di blog personal UMIYUMI bercerita.

Rindu terasa kepada rakan,
Jauh dari saudara mara,
Banyak resepi UMIYUMI kongsikan,
Semuanya sedap memikat selera.
Bermain mercun ditepi jeti,
Seronok bermain janganlah leka,
Dikurniakan dua orang permata hati,
Kedua duanya pula 'hero belaka'.

Di malam raya masak kurma,
Takut hangus lalu di kalih,
Teman dikala sunyi menjelma,
Semoga menjadi anak yang soleh.

Datang beraya baba dan nyonya,
Lalu dihidangkan sepinggan lokan,
UMISPACE itulah blog keduanya,
Berkisar tentang tempat makan-makan.

Dipagi raya memakai songkok,
Songkok dibeli di negeri melaka,
Minat juga mengumpul pingan mangkuk,
Banyak koleksinya yang cantik belaka.

Berhari raya disana sini,
Bersama rakan tak henti henti,
Mengunyah biskut dan juga maruku,
Sekian sahaja pantun ku ini,
Semoga UMIYUMI terpikat hati,
Buku masakan jadi milikku.



No comments:

COPYRIGHT BY AZATIE SAYANG