Friday, August 5, 2011

Juadah Ramadhan bersama sinar raudah

Join contest yg dianjurkn oleh http://www.sinarraudah.com sempena ke dtgan bulan Ramadhan al-mubarak yg mulia ini.


Di waktu pagi kena bersugi,
Sebelum naik tinggi si matahari,
Ramadhan kini kembali lagi,
Menginsafkan kita di dalam sanubari.

Hidangan manis airnya sira,
Makan bersama sepinggan laksa
Pelbagai juadah di santap gembira,
Itulah dia nikmat berpuasa.

Sembahyang terawih bersama saudara,
Masjidnya jauh di kampung Seramu,
Juadah enak memikat selera,
Alhamdulilh Ya Allah atas nikmatMU.

Bangun bersahur bersama mama,
Ingin memasak ayam berlada,
Kuih PUFF INTI KARIPAP juadah utama,
Di bulan puasa sentiasa ada.

Membeli lontong di kedai babanyonya,
Kuahnya sedap enak sekali,
Tidak lupa AYAM PERCIKnya,
Di pasar Ramadhan kami membeli.

Mengadakan tadarus memang di saran,
Disertai oleh saudari dan saudara,
PUFF & AYAM PERCIK jadi kegemaran,
Berbuka puasa dengan gembira.

Ke moreh masjid bersama rakan,
Mengerjakan Terawaih selesailah sudah,
Selamat menjalani ibadah puasa k.atie ucapkan,
Kepada Amy Syaquena di SINARRAUDAH.



Atie Tag
Fieda
Anim

2 comments:

Kak Amy said...

As'salam kak ,

Terima kasih kerana sudi join contest SR , penyertaan memenuhi syarat yang SR inginkan.Good luck kak

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Amy..makasih singgah.

COPYRIGHT BY AZATIE SAYANG