Wednesday, August 3, 2011

Jom Join 3rd GA Mummy Danny!!!!! HandBag Raya Beb!!!

Nak join?Klik banner.
Due:20 ogos


Nie lah gambar kenangan beraya yg trakhir bersama EMBAH HB k.atie.'embah' tue dlm bahasa jawa..nenek la dlm bahasa melayu.masa nie la dpt beraya beramai2 & brgambar bersama family HB & sepupu2 HB serta adik brdik MIL k.atie.Semua brkumpul kat umah Embah pd pagi raya tue..walaupon Embah dh uzur(umur 90 tahun!)..tp ceria melayan tetamu2 yg brtandang kerumahnya.Seorg Embah yg sgt baik..prihatin & kuat bekerja di masa mudanya.kenangan brsama Embah ,xkan K.atie lupakn..& amat merindui saat2 bersamanya...inilah raya yg trindah bagi kami semua!


Biskut WAJIB k.atie setiap tahun ialah Biskut cornflakes nie!.jadi poberet anak2 k.atie,anakbuah & adik brdik k.atie gak.Setiap tahun mesti mereka menempah ngan k.atie,Alhamdllh.
RESEPI BISKUT CORNFLAKES(versi Atie)

Bahan-Bahan:
2 Biji Telur Ayam
2 Cawan Mentega
2 Cawan Gula Halus
4 cawan Tepung Gandum
1 Kotak Besar Cornflakes (di ramas2..jgn hancurkn!)
Sedikit Esen Vanilla

Cara-cara:
1.Kacau Gula dan Mentega hingga sebati(xyah guna mixer pon!).Kemudian masukkan telur yang telah dipukul sedikit.
2. Masukkan tepung gandum tadi dan digaulkan sebati.masukkan pula sedikit Esen vanilla serta Cornflakes yg telah diramas tadi.
3.Apabila semua dah sebati,barulah dijemput kecil2(cam buat cekodok) diatas dulang pembakar/loyang dan tekan ngan jari/garpu.
4.Hiaskan dengan ceri merah/ceri hijau/hiasan yg anda sukai.Bakar hingga masak(klu ikut oven atie....suhu 160'C selama 15minit.
5.Sejukkan dulu baru disimpan dalam balang kedap udara...selamat mencuba!!


K.atie Tag

fieda
anim
CK
nabila medan
mama rayyan



No comments:

COPYRIGHT BY AZATIE SAYANG