Monday, August 22, 2011

Giveaway Merdeka Cik Kuntum

NAK JOIN?KLIK BANNER
DUE:16 SEPT

Pergi ke Stadium bersama rakan,
Ketika berlumba harus setiakawan,
Selamat Hari Merdeka saya ucapkan,
Kepada CIK KUNTUM yang ayu menawan.

Memakai baju berwarna warni,
Dihias dengan pelbagai aneka,
Sungguh patriotik CIK KUNTUM ini,
Anjurkan GA sempena Hari Merdeka.

Bermain mercun berdentam dentum,
Harganya mahal hanya sia-sia,
Sungguh bangga di hati CIK KUNTUM,
Dilahirkan sebagai anak Malaysia..

Memasak air janganlah leka,
Cerek didapur mengeluarkan wap,
Sudah lama Malaysia merdeka,
Berapa tahun silalah CIK KUNTUM jawap.

Membeli bendera berwarna warni,
Bendera di ikat ditepi titi,
Sekian sahaja pantunku ini,
Semoga CIK KUNTUM terpikat hati.

No comments:

COPYRIGHT BY AZATIE SAYANG