Tuesday, May 3, 2011

Contest Selamat Hari Guru, Cikgu!

Join contest yg dianjurkn oleh http://www.abgshah.com/ sempena sambutan hari guru.

"Untukmu Guru"

Singgah di kedai beli maruku,
Naik basikal terasa gayat,
Selamat hari guru wahai guruku,
Jasamu ku kenang ke akhir hayat.

Membaca buku bersama rakan,
Buku dipinjam dari raju,
Tugas murni kau laksanakan,
Mendidik anak bangsa supaya maju.

Tersepak batu berdarah di dahi,
Badannya lemah lalu rebah,
Pelbagai dugaan kau tempuhi,
Demi anak bangsa kau tabah

Waktu petang duduk di beranda,
Sambil bersembang bersama Ramu,
Walau dimana pun kau berada,
Ikhlas dan jujur adalah prinsipmu.

Membeli daging bersama adik,
Untuk di masak buat serunding
Banyak dugaan dalam mendidik,
Hanya kesabaran jadi pendinding.

Turun tangga terburu-buru,
Jatuh di air kainnya basah,
Terima kasih wahai guru,
Mendidik tanpa keluh & kesah.

Naik jambatan terasa gayat,
Di dalam sungai banyak buaya,
Jasamu ku kenang ke akhir hayat,
Mendidik kami hingga berjaya.

Melodi istimewa indahnya lagu,
Gubahan oleh seorang seniwati,
SELAMAT HARI GURU untukmu cikgu,
Semoga jasamu ALLAH berkati.


No comments:

COPYRIGHT BY AZATIE SAYANG