Thursday, May 5, 2011

CONTEST SAYANGI IBU ANDA

Join Contest yg dianjurkn oleh http://pabilajejarikumulaberbicara.blogspot.com sempena HARI IBU.

Klu berbicara ttg IBU/MAK mmg hati atie amat trsentuh sbb atie dah kehilangan insan trsyg ini.Mak atie bernama HAMSIAH BT SIBI.kembali ke Rahmatullah dlm usianya 56 tahun pd tanggal 19/5/2007.bulan 5 ini genaplh 4 tahun pemergian insan yg amat atie sayangi!.kehilangan yg amat bsr bagi kami sekluarga trutamanya Ayah atie.
Disbbkn dulu kami hidup ssh....adik beradik pon ramai....ayah lak jarang ada dirumah sbb tpt kerjanya jauh maka segala tugas mendidik anak2 & pelbagai tanggungjwb semasa ketiadaan ayah trpikul dibahu Mak.Tiada keluh kesah/rungutan dr Mak dlm menjaga kami yg punyai pelbagai perangai & kerenah.hatinya sabar & redha dgn segalanya.
Masakan mak yg paling sedap ialah sambal tumis ikan bilis & gulai tempoyak!..mmg 'best in the world'.airtangan mak yg tiada sapa yg dpt menandinginya....juga jadi kenangan buat kami sekluarga.
Mak seorang yg cantik,lemah lembut & trlalu ambil berat ttg anak2..menjadi kesygan kesemua cucu2nya.cuma 1 hajat atie yg tk kesampaian tuk membawa Mak menunaikn Haji/Umrah ke Mekah.
Doa atie semoga Mak tenang di alam sana..kasih syg Mak akan ttp bersemadi di lubuk hati atie hingga ke akhir hayat.dikala kerinduan bertandang,pusara Mak akan atie kunjungi....bacaan surah Yassin atie hadiahkn buat Mak.
Mak....kami amat merinduimu!!Al-fatihah

Ke Makam Bonda
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria Wangi berseri puspa kemboja Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

~sajak Nukilan Usman Awang~


Atie Tag
mizayusof
fieda
anim

No comments:

COPYRIGHT BY AZATIE SAYANG