Sunday, February 12, 2012

CONTEST KENALI DIA~MUHAMMAD

NAK JOIN?KLIK BANNER
DUE:20 FEB

Trlbh dahulu selawat keatas junjungan besar kita..NABI MUHAMAD S.A.W.Seorang manusia Agung yg ideal dan sebaik2 contoh di sepanjang zaman.Baginda adalah SEMULIA MULIA insan didunia.Baginda juga merupakan contoh & Idola buat kita.

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hasyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:

• Al-Harith bin Abdul Muthalib

• Muqawwam bin Abdul Muthalib

• Zubair bin Abdul Muthalib

• Hamzah bin Abdul Muthalib

• Al-Abbas bin Abdul Muthalib

• Abu Thalib bin Abdul Muthalib

• Abu Lahab bin Abdul Muthalib

• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib

• Hijl bin Abdul Muthalib

• Dzirar bin Abdul Muthalib

• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:

- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:

Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:

- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)

- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.

- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.

- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”

- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.

- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Perbykkanlah kita BERSELAWAT keatas BAGINDA S.A.W.Semoga BAGINDA memberikan syafa'atnya kepada kita semua di akhirat kelak.InsyaAllah.

TAG

FIEDA

CK


No comments:

COPYRIGHT BY AZATIE SAYANG