Nak Join?Klik Banner
Due:17Nov
Pinggan mangkuk berwarna warni,
Pengunpul tegar namanya Yat,
Selamat UlangTahun untukmu NANNIE,
Semoga bahgia ke akhir hayat.
Mengisi bola ke dalam raga,
Lalu diletak dipohon sena,
Semoga bahgia bersama keluarga,
Permata hati ceriakan suasana.
Kini menginjak usianya sudah,
Hidupnya ceria tak pernah sunyi
Pandai memasak pelbagai juadah,
Semua resepi tersedia di sini.
Durian dikutip ke dalam guni,
Buahnya busuk letak ditepi,
Memang teruja singgah di blog NANNIE,
Rasa nak cuba semua resepi.
Sedap terasa sambal kuini,
Pedasnya hingga telinga berapi,
Buntu nak masak apa hari ini,
Singgah di blog NANNIE,cari resepi.
Membancuh kopi bersama gula,
Dihidangkan bersama kuih talam suji,
Hasil airtangannya termasyhur pula,
Keluarga,rakan,saudara mara semua memuji.
Sambil termenung duduk berangan,
Terbayang teko lama yang sungguh cantik,
Disamping memasak pelbagai hidangan,
Berminat pula mengumpul pinggan antik.
Sungguhlah harum gulai tempoyak,
Dimasukkan pula timun bersegi,
Koleksi pinggan mangkuk NANNIE memang banyak,
Berminat mengumpul dari dulu lagi.
Marilah teman,sahabat dan rakan,
Cari resepi di blog bukan di buku,
Hadiah menarik NANNIE war -warkan,
Semoga antaranya jadi menjadi milikku.
TEMPAT PERTAMA
TEMPAT KEDUA
TEMPAT KE TIGA
TEMPAT KE EMPAT
Atie Tag
fieda
Tiefazatie
Alycia
Joel
No comments:
Post a Comment