Nak Join.Klik Banner
Due:15 sept
- SEGMEN KEDUA -
Fisher-Price : Healthy Care Booster Seat.
Arahan:
Apakah harapan anda terhadap anak anda. Buat satu entry berbentuk surat menyatakan harapan dan impian anda untuk mereka.
Sekiranya anda masih belum bergelar ibu:
Penerimaan anda terhadap kanak-kanak kurang upaya.
Fisher-Price : Healthy Care Booster Seat.
Arahan:
Apakah harapan anda terhadap anak anda. Buat satu entry berbentuk surat menyatakan harapan dan impian anda untuk mereka.
Sekiranya anda masih belum bergelar ibu:
Penerimaan anda terhadap kanak-kanak kurang upaya.
Kehadapan anak-anakku...ADIK & ABANG
Ketahuilah duhai anak-anak IBU ,tiada anugerah yg paling indah yg pernah IBU perolehi selain melahirkan & membesarkan anak2 IBU..permata hati IBU & AYAH.kelahiran yg sangat IBU inginkan didalam hidup IBU..sepasang cahayamata.walaupon IBU hanya ada Adik & Abang tapi IBU & AYAH amat mensyukurinya.
Ketahuilah Adik & Abang,IBU & AYAH terlalu menyayangi kalian.andai ada teguran IBU pada kalian...itu adalah disbbkan IBU sayang kalian berdua.teguran IBU bukan disbbkan amarah atau benci tetapi untuk mendidik Adik & Abang tuk menjadi anak yg soleh & solehah....taat kpd perintah ALLAH,taat kpd IBU & AYAH,hormat kpd org yg lebih tua,sayang kpd insani & sentiasa bersyukur dengan apa jua yg diterima.
Alhamdllh,hingga kini Adik & Abang sentiasa membanggakan kami di dalam bidang pelajaran.bersyukur IBU punyai anak-anak yg terang pintu hatinya dalam menuntut ilmu.walaupon ilmu yg dituntut oleh anak-anak IBU saling berbeza pendidikkanya tapi IBU sentiasa mendoakn anak-anak IBU berjaya di dalam bidang masing2.AMIN.
PESAN IBU
jangan sesekali Adik & Abang lupa dengan perintah ALLAH.semoga ilmu agama yg telah IBU & AYAH berikan....sematkn di dlm dada masing2.ayat2 suci Al-Quran yg telah sebati dalam diri Adik & Abang akan menghalang kalian dr melakukn pekara2 yg dilarang agama.Alhamdllh,Adik & Abang telah dianugerahkn ALLAH hati yg terang untuk mudah mengaji Al Quran & khatam dgn cepat.IBU bangga dgn anak2 IBU yg tidak pernah meninggalkn solat,sentiasa mengaji Quran & berakhlak mulia.
Semoga Ilmu yg dituntut oleh Adik & Abang akan beroleh kejayaan...tercapai impian Adik untuk ke menara gading iaitu tempat yg tidak pernah IBU & AYAH jejaki.doa IBU semoga ilmu itu berguna untuk membantu insan2 yang sangat memerlukannya.
Tuk Abang,IBU & AYAH bangga dgn keinginan Abang untuk menuntut ilmu agama tanpa paksaan dari IBU.semoga ilmu yg Abang tuntut itu akan memberikan Syafaat kpd IBU,AYAH & umat Islam diakhirat nanti.AMIN.
KETAHUILAH ADIK & ABANG
Sesungguhnya IBU & AYAH tiada harta benda tuk ditinggalkn tuk Adik & Abang bila kami telah tiada nanti cuma Ilmu agama,Al-Quran & pesanan serta didikkan kami sebagai panduan tuk Adik & Abang di masa depan.Semoga kalian berdua menjadi anak2 yg soleh & solehah.AMIN
Kepada Abang yg lebih tua...IBU titipan agar menjaga Adik dengan sebaiknya,jangan sesekali hatinya disakiti sbb Adik hanya seorang perempuan..lembut hatinya & santun perbuatannya.sayanglah Adik sebagaimana IBU & AYAH menyayangi kalian berdua.tegurlah Adik jika dia berbuat kesilapan.
Kepada Adik,sayangilah Abang kerana hanya dia insan yg paling rapat dgn Adik setelah ketiadaan IBU & AYAH.hormatilah & dengar nasihatnya dengan patuh.jangan lupa sentiasa menutup aurat & jagalah batasan aurat Adik sepertimana yg IBU ajari dulu.Ingatlah,wanita muslimah yg baik adalah yg sentiasa menjaga aurat,batas pergaulan,lembut tutur kata & sopan dalam pergaulannya.
INGATLAH ADIK & ABANG
Setelah ketiadaan IBU & AYAH...sedekahkanlah ayat2 suci Al-Quran & kunjungilah pusara kami.Hanya doa anak2 soleh & solehah yg akan membantu IBU & AYAH 'di sana'.
Kpd Adik & Abang...IBU amat menyayangi kalian berdua hingga ke akhir hayat IBU.
Salam Kasih Sayang Dari;
IBU
No comments:
Post a Comment