Friday, December 9, 2011

Cik Suzlin's FIRST GIVEAWAY!

NAK JOIN?KLIK BANNER
DUE:12 JAN

Makanan/kuih kesukaan k.atie ialah PAU,samada berintikan kaya/kelapa/kacang merah.Mmg sedap klu di makan panas2..lembut jer!


Bahan-bahannya:

400 gram tepung pau ( low protein flour)
1 1/2 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml cecair ( ros guna 110ml susu segar+ 110 air suam)
1 sudu besar gula gula
1 sudu kecil baking powder+1sudu kecil bread softner
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis


Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin
2. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 1 sudu kecil inti kelapa dalam doh
3. Lapik pau dengan baking sheet, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau. semalam ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Untuk inti kelapa:
3/4 cawan kelapa parut
3Sdb Gula Merah
1 Ikat daun pandan
sedikit air suam

Cara-Cara:
Campurkan semua bahan ke dalam kuali dan kacau sebati.Kemudian angkat & sejukkan.



ATIE TAG
FIEDA
ANALYANA
TIEFAZATIE

COPYRIGHT BY AZATIE SAYANG