Saturday, October 29, 2011

Contest Mari Berpantun Bersama YUI

Nak Join?Klik Banner
Due:4 Nov

Baca bismillah sebelum makan,
Terasa lapar bila berpuasa
Terlebih dahulu k.atie nak ucapkan,
Selamat Hari Lahir kepada NUSHA.

Memakai tudung berwarna warni,
Tudung dibeli di negeri kelantan,
Hari lahir k.atie menjelang kini,
Lima belas disember dalam ingatan.

Hajat di hati menjolok kuini,
Buahnya jatuh menimpa ke dahi,
Meningkat setahun usiaku kini,
Semoga semua amalanku diterima Ilahi.

Penat memandu lalu berhenti,
Singgah membeli si buah duku,
Ingatan yang ikhlas sentiasa di ingati,
Dari suami dan juga anak-anakku.

Duduk berehat di dalam taman,
Gantung pasu ditepi tangga,
Bukan barangan mahal jadi idaman,
Kasih sayang melimpah dari keluarga.

Balik ke kampung mandi di perigi,
Airnya keruh tidak selesa,
Hanya doa mampu kuiringi ,
Sempena hari lahir sihat sentiasa.

Mengikat perahu di tepi jeti,
Untuk membawa beras seguni,
Gembira rasa sungguh di hati,
Dikelilingi keluarga di hari istimewa ini.

UNTUK YUI




2 comments:

Iza said...

Assalam...
Gud Luck..

nuyui a.k.a miss YUI said...

salam kak..

trima kashi join ea..

byk idea mencurah ni wat pantun..hehe..

good luck yer sis!

COPYRIGHT BY AZATIE SAYANG