Wednesday, March 9, 2011

' Contest Resepi Pilihan ' Sinar Raudah.

Join Contest yg dianjurkn oleh http://sinarraudah.blogspot.com...resepi yg atie pertaruhkn adalh ACAR BUAH BAGAN DATOH....resepi turun temurun milik keluarga HB atie....merupakn menu wajib ketika majlis perkahwinan diadakn di Bagan Datok,Perak juga...atie dh byk kali mencubanya tuk dijadikn buah tangan tuk adik beradik atie & mereka amat mengemarinya!..resepi nie, atie salin dr makcik HB.cubalah!!!!!
ACAR BUAH BAGAN DATOK,PERAK

Bahan-bahan:

*15 kg Buahan Jeruk (yg disukai)-potong kecil2 semuanya.
*3 kg Bawang merah-pilih yg kecik
*2 kg Ulas bawang Putih-potong 2
*300 gm serbuk cili
*3 kg Gula pasir
*Sedikit Garam
*6 Botol Cuka makan-apa jenama pon blh.
*4 kg Minyak Masak
*3 kg Bawang Besar-blend
*Rm2.00-Jintan kasar & Jintan Manis-sangan-Blend.

Bahan Tumis:
* Sedikit Kulit kayu manis
* Sedikit Bunga Lawang
* Sedikit Garam-nanti blh tambah/kurangkn.
* Halia-hiris
*3 biji Bawang Besar-hiris
*4 Ulas bwang Putih-hiris
****agak-agak semua bahan-bahan tumis blh dpt dlm 1 pinggan.

Cara-cara:

1.Panaskn minyak & tumiskan bahan-bahan tumis.bila dah garing baru masukkan serbuk cili yg telah dibancuh dgn sedikit air.
2.apabila dah sebati baru masukkan bawang besar yg telah diblend.biarkan sekejap.pastu masukkan cuka &gula pasir serta jintan2.
3.Masukkan juga garam..biarkan mengelegak sebentar...barulah dimasukkan bawang putih yg telah dipotong 2 & bawang merah yg kecil2 tadi.
4.Bila dah mengelegak lagi barulah dimasukkan buah-buahan jeruk yg kita sukai.gaul hingga rata & mesra serta sebati dgn semua bumbunya.
5.Rasa masam-manis-masinnya...kemudian boleh la diangkat & masukkan kedlm bekas yg bertutup.acar nie tahan lama asalkn ada sedikit minyak terapung diatasnya.

1 comment:

Amy Syaquena said...

As'salammualaikum...

First amy nak ucapkan terima kasih coz sudi join contest sinar raudah.Penyertaan memenuhi syarat yang sinar raudah inginkan.Good Luck ok!


P/s: Harus di cuba nie coz bonda amy suka sangat makan acar buah...

COPYRIGHT BY AZATIE SAYANG